top of page

MY-UAE CEPA: Malaysia perkukuh hubungan dengan negara teluk



Malaysia memperkukuh hubungannya dengan negara teluk apabila termeterainya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA).

Perjanjian itu merangkumi bidang-bidang seperti perdagangan barangan dan perkhidmatan, kemudahan pelaburan, perdagangan digital, perusahaan mikro dan kecil sederhana, kerjasama ekonomi dan lain-lain.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain memanfaatkan secara langsung Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), perjanjian itu turut akan menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan membabitkan negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC).


"Saya mengalu-alukan usaha menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Malaysia-Emiriah Arab Bersatu ini.


"Sebagai FTA pertama Malaysia dengan negara anggota GCC, perjanjian ini dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dan UAE tetapi juga negara-negara Teluk lain," katanya.


Terdahulu Anwar bersama Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan menyaksikan majlis menandatangani MY-UAE CEPA di Pusat Pameran Abu Dhabi (ADNEC).


Malaysia diwakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, manakala UAE diwakili Menteri Negara Bagi Perdagangan Luarnya, Dr Thani Ahmed Al-Zeyoudi


Sementara itu Anwar menjelaskan, perjanjian itu juga akan membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama ekonomi lebih mendalam, termasuk pengurangan atau penghapusan tarif serta meningkatkan akses pasaran, yang akan merangsang eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu untuk sektor-sektor utama.


UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Barat pada tahun lalu, dengan perdagangan dua hala meningkat 5.4 peratus kepada AS$8.67 bilion (RM39.63 bilion) berbanding 2022.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page