top of page

Murid dijemur: Siasat, ambil tindakan jika wujud salahlaku guru - AMK Pandan


Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Pandan menggesa Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan seorang guru menjemur murid tahun lima sehingga mengalami masalah kesihatan baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan, Naib Ketua AMK Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin berkata insiden yang menimpa anak kepada Mogahana Selvi itu perlu diambil serius kerana kanak kanak tersebut telah disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kejadian yang berlaku di sekolah tersebut.


"Perasaan saya sebagai seorang insan, tidak berpuas hati kerana anak beliau yang terlantar dan tidak aktif seperti anak seusianya, yang mana dahulunya adalah seorang anak yang aktif dan suka aktiviti sukan.


"Saya merasakan guru tersebut dan pihak sekolah harus diambil tindakan salahlaku atas kejadian ini.


"Pada pandangan saya, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga harus mendesak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat supaya pihak sekolah dan guru terbabit diambil tindakan yang sewajarnya," kata Ifwat.


Menurut kenyataan itu lagi, sebelum ini Menteri Pendidikan (KPM) pernah menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salahlaku di sekolah dan pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti melakukan kesalahan.


"Maka dengan ini saya mengesa pihak berkuasa menyelesaikan perkara ini supaya guru berkenaan serta pihak sekolah diambil tindakan jika perkara ini didapati memang terdapat salahlaku bidangkuasa seorang guru yang melebihi garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.


"Ini adalah pengajaran kepada guru-guru lain yang juga seharusnya mengambil lebih serius akan isu ini terhadap tindakan hukuman (denda ke atas murid) yang tidak mengikut garis panduan," ujarnya lagi.


Terdahulu, Ifwat bersama jentera Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah menziarahi keluarga Mogahana Selvi bagi melihat perkembangan mangsa.


Dimaklumkan mangsa sudah beberapa kali keluar masuk hospital dan disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) susulan dari kejadian yang berlaku pada 30 April lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page