top of page

Muhyiddin perlu fahami akta: Ahli Parlimen Bersatu dipecat tidak hilang kerusi



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dinasihatkan supaya memahami secara jelas peruntukan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti atau sering disebut sebagai Akta Anti Lompat Parti sebelum menghentam Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Perdana Menteri.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, sikap Muhyiddin yang sengaja tidak mempedulikan keseluruhan Akta Anti Lompat Parti berkenaan menyebabkan bukan sahaja anggota PN gagal memahami Perlembagaan Persekutuan tetapi rakyat Malaysia turut dikelirukan.


"Saya melihat (dalam hal ini) Muhyiddin sebagai seorang yang 'bodoh sombong' kerana tidak cuba membaca dan memahami Perlembagaan, malah beliau membaca Perlembagaan sekerat-sekerat demi kepentingan kelompok mereka.


"Pada Rabu dalam sidang media, Muhyiddin merujuk kepada Perkara 49a(1) iaitu berkenaan seorang ahli Dewan Rakyat terhenti menjadi ahli dewan sekiranya melepaskan keanggotaan parti politik, tidak lagi menjadi anggota parti politik atau ketika menjadi ahli dewan bukan sebagai anggota parti politik, lalu menganggotai sesebuah parti politik.


"Namun beliau tidak membaca Perkara 49a(2) iaitu seorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli dewan jika parti politik dianggotainya terbubar, pelepasan keanggotaan parti politik kerana dipilih sebagai Yang di-Pertua dan pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya," kata Razeef dalam kenyataan.


Menurut beliau, peruntukan berkenaan cukup jelas mentakrifkan enam Ahli Parlimen Bersatu itu telah dipecat keanggotaan dan berdasarkan undang undang tidak hilang kedudukan sebagai ahli Dewan Rakyat mengikut perkara 49a(2)(c).


Oleh itu, kata Ketua Penerangan KEADILAN Sabah itu, Muhyiddin tidak sewajarnya mengelirukan hal hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan.


"Saya turut hairan, dalam ramai-ramai Ahli Parlimen PN yang bersama Muhyiddin dalam sidang media berkenaan, tidak seorang pun menegur atau memperbetulkan kenyataan Muhyiddin keluarkan.


"Secara prinsip, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ini menjelaskan kelompongan akta tersebut.


"Namun ketika akta itu dibahas sebelum digubal (pada 2022), pihak pembangkang (PN) sendiri tidak membantah kerana pada masa itu mereka berharap ada Ahli Parlimen kerajaan yang beralih menyokong mereka


"Apapun sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Muhyiddin sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana di sana rakyat boleh menilai tahap intelektual bekas Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia selama 17 bulan itu," katanya lagi.


Pada Rabu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media di bangunan Parlimen mengecam surat balasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengisytiharkan 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah kepada Kerajaan Perpaduan sebagai kosong.


Bagaimanapun, pemerhati politik melihat kegagalan Bersatu untuk meminda lebih awal perlembagaan pertubuhannya dengan menetapkan ahli parti yang berpaling tadah gugur keahlian dan dianggap melompat parti, sebagai celah yang membenarkan Speaker membuat tafsiran bahawa 6 Ahli Parlimen tersebut telah dipecat, sedangkan pindaan perlembagaan Bersatu dibuat selepas kejadian berlaku dan tidak menjejaskan kerusi parlimen.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page