top of page

Muhyiddin jangan cuba alih tiang gol, ungkit kisah 115 SD - Onn



Oleh: Abdullah Zaid


Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengalihkan perhatian daripada kontroversi ucapannya menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) apabila merujuk kepada angka 115 Akuan Berkanun (SD) Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang beliau terima pada waktu parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum November 2022 lalu.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, percubaan mengungkit isu SD tersebut amat tidak releven bukan sahaja ianya tidak terpakai selepas wujudnya Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti sebelum PRU ke 15 tetapi juga tumpuan utama rakyat pada waktu ini masih lagi kepada ucapan Muhyiddin pada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri yang menyentuh kewibaaan Yang di-Dipertuan Agong ke-16 (YDPA) dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke-10.


"Selepas Istana Pahang membuat laporan polis terhadapnya, Muhyiddin menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan fakta mengenai Akuan Berkanun tersebut. Namun, tindakan ini dilihat sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar.


"Perlu diingatkan bahawa Akuan Berkanun yang dirujuk oleh Muhyiddin tidak lagi terpakai dalam konteks semasa.


"Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah disahkan melalui undi percaya di Parlimen, menjadikan dokumen-dokumen terdahulu tidak lagi relevan dari segi undang-undang dan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Onn, ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu jelas menimbulkan keresahan semua pihak termasuk Tengku Mahkota Pahang yang dilaporkan murka atas tindakan yang dianggap "mempertikai" tugas Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Agong.

"Pihak polis telah mengambil keterangan daripada Muhyiddin dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


"Tindakan beliau ini dilihat sebagai usaha untuk mengelak daripada menghadapi implikasi serius akibat kenyataannya ke atas institusi diraja," ujarnya.


Semalam, media melaporkan Muhyiddin dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R.


Beliau bagaimanapun, dilaporkan masih membicarakan dokumen SD yang dikatakan memberi sokongan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page