top of page

Muat naik kandungan jelik kanak kanak, individu kontroversi didenda RM7,000



Padah memuat naik kandungan jelik melibatkan kanak kanak seorang individu kontroversi dikenali sebagai Adeline Chang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini


Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kadungan itu berupa gambar seorang kanak-kanak berserta kapsyen yang jelik sifatnya.


"Tertuduh dengan nama sebenar Chang Pei Yi, 24 tahun, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook melalui akaun ”Adeline Chang” secara sedar, membuat dan memulakan penghantaran komen dalam Bahasa Mandarin yang

jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan menganiayai orang lain," kata MCMC.


Tegas kenyataan itu, pendakwaan dilakukan susulan siasatan yang dijalankan ke atas akaun Facebook ‘Adeline Chang’ di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Susulan itu, kata kenyataan tersebut tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.


Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Fuad Othman dalam penghakimannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000. Sekiranya bayaran gagal dilangsaikan, tertuduh boleh dikenakan penjara selama enam bulan.


Sehubungan itu, MCMC mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada sebelum memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan, terutamanya yang melibatkan kanak kanak.


"MCMC akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku terhadap kanak-kanak," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page