top of page

MPP UiTM mohon maaf khilaf isu cadangan kemasukan pelajar bukan Bumiputera



Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf berhubung kempen #MahasiswaUiTMBantah yang digerakkan baru-baru susulan cadangan untuk pusat pengajian tinggi itu menerima sementara pelajar pasca siswazah bukan Bumiputera menamatkan pengajian pembedahan jantung.


Majlis pewakilan pelajar itu dalam kenyataannya berkata, tindakan mereka itu telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umum kerana kegagalan menerangkan kronologi kes yang sebenar dan gagal mengolah pemakluman penuh yang lebih jelas.


"Majlis Perwakilan Pelajar UiTM dengan rasa rendah diri ingin tampil bersama permohonan maaf secara terbuka berikutan pelaksanaan kempen #MahasiswaUiTMBantah," kata kenyataan itu.


Menurut mereka lagi, kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Mei 2024 lalu sedikit mengelirukan apabila tidak menerangkan aspek kronologi kes, ditambah interpretasi Perkara 153 Perlembagaan yang tidak dijelaskan dengan sebaiknya menyebabkan timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.


Oleh itu, kata MPP UiTM, segala kekhilafan yang berlaku itu menjadi pengajaran bagi mereka dan berharap perkara itu dijadikan iktibar sama pada masa akan datang.


Pada 14 Mei lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menyeru mahasiswa di universiti berkenaan memakai pakaian hitam sebagai membantah rancangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera.


Penentangan ini timbul apabila timbul cadangan agar UiTM membuka pintu kepada untuk latihan teknikal pakar jantung melalui program parallel pathway kepada pegawai perubatan bukan Bumiputera.


Dalam pada itu, seorang bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM menyatakan sokongannya agar universiti itu membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan Bumiputera menyambung pengajian ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks demi kepentingan negara.


Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah berkata, UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.


"UiTM tidak boleh membiarkan pelajar berkenaan terkontang-kanting. Ini adalah demi kepentingan negara yang kekurangan doktor pakar dalam bidang ini (kardiotoraks).


"Kerana itu UiTM sewajarnya menerima mereka secara sementara menunggu UM (Universiti Malaya) membuka program latihan ini," katanya memetik laporan Malaysiakini.


Ibrahim yang juga bekas Naib Canselor UiTM berkata sekiranya universiti itu tidak mengubah pendiriannya, akan timbul masalah dari aspek kualiti doktor dalam bidang berkenaan kerana mereka memiliki sijil dari luar negara yang tidak diiktiraf di sini.


"Hal ini melibatkan nyawa orang awam, justeru mereka (pegawai perubatan tempatan) harus dilatih ikut silibus yang betul,” katanya yang berharap program seumpama itu akan dibuat dalam jangka waktu sementara sahaja.


Menurut laporan media tempatan, langkah tersebut dirancang hanya untuk sementara waktu sehingga program yang sama ditawarkan di UM.


Ketika ini hanya tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera yang dicadangkan menjalani pengajian lanjutan di UiTM dalam bidang pembedahan kardiotoraks.


Tujuan cadangan kemasukan itu adalah untuk mendapatkan akreditasi daripada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dan pengiktirafan penuh daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi program sarjana pembedahaan kardiotoraks kolaborasi UiTM-Institut Jantung Negara (IJN) yang dianugerahkan selepas pelajar kohort 1 menamatkan pengajian dan melahirkan doktor pakar kardiotorak.


Ini kerana hanya program pembedahaan kardiotoraks di UiTM yang diiktiraf oleh MMC.


Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menegaskan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat kementerian atau Kabinet.


"KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.


"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.


"Kementerian berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page