top of page

MPP sokong padu Presiden, hargai usaha keras Jawatankuasa Pemilihan Parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang berlangsung hari ini memberi sokongan padu kepada Presiden parti dan penghargaan kepada usaha keras yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sepanjang pemilihan peringkat cabang.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh, sokongan dan penghargaan diberikan kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi JPP.


"Mesyuarat MPP telah berakhir dengan sokongan yang padu ahli MPP ke atas keputusan bersama yang telah dicapai melalui kepimpinan Datuk Seri Presiden.


"MPP juga menyatakan sokongan serta penghargaan ke atas usaha keras Jawatankuasa Pemilihan Parti 2025, yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa," katanya dalam kenyataan.


Persiapan Kongres Nasional 2025, kata Fuziah, turut dibincang ahli MPP dan semua perwakilan yang layak ke kongres akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


"Kongres Nasional 2025 mengunjurkan sekitar 10,000 perwakilan yang akan hadir dan mengundi secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan diunjurkan akan mengundi di atas talian.


"Kongres Nasional 2025 akan buat pertama kalinya menggunapakai konsep ‘proportionate representation’ untuk perwakilan seperti yang telah diluluskan dalam Kongres Khas pada 15 Disember 2024 tempoh hari," katanya.


MPP juga mengesahkan berkaitan Kongres Nasional 2025 yang akan berlangsung di Johor Bharu pada 23, 24 dan 25 Mei 2025 manakala 23 Mei ialah tarikh Kongres AMK dan Wanita Nasional.


"MPP juga telah memutuskan sebilangan perwakilan yang wajib hadir fizikal dari kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Cabang di Sabah dan Sarawak boleh hadir sebagai perwakilan serta mengundi di pusat undian satelit di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.


"Ini adalah bagi memberi kemudahan kepada perwakilan di Sabah dan Sarawak yang perlu mengundi fizikal untuk mengundi serta mengikuti perjalanan Kongres Nasional 2025 melalui jarak jauh di Pusat Satelit.


"Senarai Perwakilan dari kalangan AJK Cabang dari Sabah dan Sarawak yang akan mengundi secara fizikal di Kongres Nasional akan diumum kemudian," ujarnya.


Selain itu, MPP juga telah dimaklumkan berkenaan status keanggotaan calon-calon yang telah bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2025, dan MPP telah membuat keputusan dasar yang mana seseorang anggota KEADILAN setelah menjadi calon Pemilihan dan kemudiannya didapati telah menjadi ahli mana-mana parti lain, akan digugurkan keanggotaan mereka serta hilang kelayakan untuk menjadi calon dan terbatal pencalonan mereka. Pengumuman berkaitan nama-nama spesifik akan di buat oleh JPP.


Secara keseluruhan, Fuziah memaklumkan mesyuarat hari ini diadakan dalam keadaan baik dengan semangat ‘comradeship’ dan setiakawan yang tinggi dalam kalangan ahli MPP.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page