top of page

Mpox: KKM kukuh pemantauan di pintu masuk negara


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Kesihatan akan mengukuhkan pemantauan di semua pintu masuk negara bagi meningkatkan pemantauan dan advokasi berkaitan kes cacar monyet (mpox)


Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emnergency of International Concern - PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.


Susulan itu, semua pengembara yang tiba dari negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.


Individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit juga dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengekang penularan jangkitan.


"Semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta perlu memberikan notifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.


"Pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan "Guidelines on mpox management in Malaysia 2023" di laman sesawang portal rasmi KKM di www.moh.gov.my," kata kenyataan itu.


Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus dan jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan.


Individu dijangkiti akan mengalami gejala demam berserta ruam ‘maculopapular rash’ atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan kornea.


Khamis lalu, KKM memaklumkan tiada kes baharu membabitkan mpox atau cacar monyet di Malaysia setakat ini,


Sementara itu melalui kenyataan semalam, KKM menggariskan agar premis-premis yang menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.


KKM akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk hospital serta klinik swasta dalam pemantauan, pengesanan dan penjagaan klinikal kes mpox secara bersepadu.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page