top of page

Mpox: Kerajaan tidak bercadang laksana PKP - Dr Dzulkefly



Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat melaksanakan sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan cacar monyet (Mpox).


Pendirian itu dinyatakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan mengambil kira tiada jangkitan Mpox direkodkan selepas menjalankan saringan ke atas 6.2 juta pengembara di semua pintu masuk negara, setakat ini.


"Kita sudah keluar daripada (fasa) pandemik Covid-19, tetapi saya diterjah dengan kemungkinan (jangkitan) Mpox. Saya kerap diasak supaya meningkatkan prosedur operasi standard (SOP).


"InshaAllah, Mpox tidaklah akan mengulangi waktu seperti PKP. Namun, saya juga mahu ingatkan supaya kita jangan terlalu selesa kerana kita tahu kaedah jangkitannya.


"Sehingga hari ini, Alhamdulillah kita masih belum merekodkan sebarang jangkitan daripada varian terkini Mpox, kecuali sembilan kes dalam varian lama, setakat November lalu," katanya dipetik dalam ucapan perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan KKM Sungai Buloh pada Selasa.


Turut hadir pada acara itu adalah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Suriani Ahmad; Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsuddin dan Pengarah ILKKM Sungai Buloh, Robert Wong Kim Han.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global


Penyakit itu merebak sebahagian besarnya melalui hubungan fizikal yang rapat berbanding COVID-19 yang merebak melalui bawaan udara.


Antara gejala jangkitan Mpox ialah pembentukan ruam dan lepuh pada kulit disertai oleh demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, lemah badan dan pembengkakan nodus limfa.


Sementara itu, Dr Dzulkefly pada sidang media berkata, kesiapsiagaan KKM membendung penularan Mpox berada di tahap terbaik.


Pihak kementerian ketika ini sedang melaksanakan proses pemerolehan antiviral Mpox dengan golongan rentan akan diletakkan dalam senarai penerima utama.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page