top of page

Mpox: KDN tingkat pemantauan pintu masuk utama negara



Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan cacar monyet atau Mpox di negara ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun penularan Mpox dalam negara disifatkan sangat terkawal namun kerajaan tetap mengambil pendekatan berwaspada.


Justeru empat pintu masuk utama negara iaitu Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor akan diberi perhatian khusus bagi memastikan tiada pengunjung bergejalan wabak itu ketika memasuki negara.


Selain itu pihaknya juga akan melakukan pemantauan di beberapa `laluan tikus' di sempadan negara terutama sekitar Sungai Golok, Kelantan menerusi kawalan keselamatan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Daripada 141 pintu masuk, tiga perempat daripada kemasukan pengunjung adalah menerusi KLIA, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, manakala baki satu perempat menggunakan laluan lain.


"Keutamaan kita adalah empat pintu masuk utama itu (kerana) laluan lain (yang tidak sah) itu kita kenal pasti sebagai laluan tikus (iaitu) laluan yang kita tahu jumlah dan lokasi. Itu adalah di bawah pengawasan, kalau polis di bawah PGA," katanya dipetik.


Saifuddin ditemui pemberita selepas hadir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka pada Ahad.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan jangkitan virus berkenaan di Republik Demokratik Congo didapati mula merebak ke negara jiran.


Antara gejala jangkitan mpox ialah pembetukan ruam dan lepuh pada kulit disertai oleh demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, lemah badan dan pembengkakan nodus limfa.


Laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes Mpox di seluruh dunia membabitkan 116 negara, dengan 208 (0.21%) kematian.


Kementerian Kesihatan (KKM) pada Sabtu memaklumkan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan bagi memantau dan menghindari penularan wabak itu ke negara ini, bermula 16 Ogos lepas.


Pihaknya juga telah memperketatkan aktiviti survelan dan advokasi di semua pintu masuk antarabangsa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page