top of page

MPN Sarawak sambut baik PdP dalam Bahasa Inggeris, laksana segera



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyambut baik cadangan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik bagi pelajar sekolah menengah di Sarawak.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Roland Engan berkata, perancangan berperingkat mulai 2026 itu mesti dilakukan dengan segera bagi memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid di kawasan pedalaman adalah baik.


"KEADILAN Sarawak mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mesti menetapkan pelan persiapan untuk murid-murid sekolah rendah untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan segera.


"Ia membolehkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang memuaskan di kalangan murid-murid khususnya di pedalaman Sarawak untuk memudahkan pemahaman dan meningkatkan prestasi mereka apabila mempelajari matapelajaran Matematik dan Sains di peringkat Sekolah Menengah kelak," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Roland Sagah Wee Inn memaklumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris turut melibatkan mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik.


Jelasnya, perkara itu telah dipersetujui Kementerian Pendidikan (KPM), dengan pekeliling sedang dirangka.


Pelaksanaan itu adalah kesinambungan daripada program pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah yang telah dilaksanakan sejak Januari 2020.


Selain, PdP dalam bahasa Inggeris, Kerajaan Sarawak juga bercadang melaksanakan penilaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3.


Ini bagi menggantikan peperiksaan UPSR dan PT3 yang dimansuhkan oleh Putrajaya, masing-masing pada 2021 dan 2022.


Untuk rekod, Sarawak mempunyai kuasa autonomi tertentu dalam menentukan dasar pada peringkat negeri dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page