MPN KEADILAN Pahang lantik pimpinan baharu
- Suara Keadilan
- Oct 5, 2024
- 1 min read

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang melantik ahli pimpinan baharu sesuai dengan pelantikan pengerusi baharunya, Rizal Jamin (gambar atas) pada 15 September 2024 lalu yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Menurut Pengerusi MPN Pahang, mesyuarat khas MPN KEADILAN Pahang yang diadakan semalam bertempat di Pejabat MPN negeri telah pun memutuskan penstrukturan semula organisasi bagi melicinkan pentadbiran parti.
"Selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang yang baharu, saya percaya bahawa pasukan yang dibentuk ini adalah kesinambungan dari kepimpinan yang terdahulu semasa Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang dikemudi oleh Datuk Seri Amirudin Shari dan YB Senator Fuziah Salleh.
"Adalah menjadi harapan saya agar barisan kepimpinan yang dipilih kali ini dapat menjayakan hasrat dan kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti KEADILAN Rakyat Malaysia melalui agenda MADANI beliau," katanya dalam kenyataan.
Berikut lantikan baharu pimpinan MPN Pahang:
Penasihat MPN Pahang
Datuk Seri Amirudin Shari
Senator Fuziah Salleh
Datuk Seri Fauzi Abd Rahman
Pengerusi MPN Pahang
Rizal Jamin
Timbalan pengerusi
Fakhrul Anuar Zulkawi
Naib pengerusi
YB Sim Chon Siang
Senator Manolan Mohamad
Mohamad Hafez Harun
YB Chan Chun Kuang
Haslindalina Hashim
Setiausaha negeri
Farahida Fauzi
Bendahari
Koh Yen Yee
Pengarah jawatankuasa pilihanraya negeri
Datuk Suhaimi Ibrahim
Ketua penerangan
Jeffry Nizam
Setiausaha pengelola
Ismail Mohd Hussin
Pengarah komunikasi
Ahmad Saifullah Razali
Biro pendidikan
Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Biro pembangunan usahawan
Datuk Seri Ahmad Omar
Biro belia dan sukan
Syahril Rizal Tajudin
Biro keanggotaan
Aiddil Abu Mansor
Biro felda
Mohamad Yazid Che Mat
Biro orang asli
Ismail Leh
Biro pemantapan agama
Mohamad Rafidee Hassim
Biro polisi dan dasar
Mohd Zukri Aksah
Comments