top of page

MPN KEADILAN P Pinang jadi sukarelawan sambutan Thaipusam


Kumaresan (kiri sekali) bersama anggota MPN dan Wanita KEADILAN P Pinang. Foto: FB KEADILAN P Pinang
Kumaresan (kiri sekali) bersama anggota MPN dan Wanita KEADILAN P Pinang. Foto: FB KEADILAN P Pinang

Kira-kira 50 ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang yang terdiri daripada rencam kaum, berganding bahu menjadi sukarelawan bagi menjayakan persiapan perayaan Thaipusam pada 11 Februari lalu di negeri berkenaan.


Naib Pengerusi MPN KEADILAN negeri, A Kumaresan berkata, mereka melakukan persiapan seperti menghias, memasak sehinggalah mengedarkan 10,000 pek makanan secara percuma kepada penganut dan pengunjung.


''Gerai yang mengedarkan makanan vegetarian dan minuman secara percuma kepada penganut itu turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan syarikat swasta termasuk universiti tempatan.


''Memang setiap tahun kita dirikan gerai minuman dan tahun ini 10,000 pek makanan disediakan, yang dibuat selama dua hari.


''Pengedaran makanan dibuat secara dua sesi iaitu makan pagi, tengahari dan minum petang, tetapi pada sambutan kali ini ia diedarkan sehingga makan malam,'' katanya dipetik.


Sempena sambutan di Pulau Mutiara itu kelmarin, sebanyak 169 Thaneer Panthal atau gerai yang dihias indah turut didirikan sepanjang laluan menuju ke kuil Sri Arulmigu Balathandayuthapani di Jalan Kebun Bunga, Georgetown.


Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) RSN Rayer pula menyifatkan, kesemua gerai yang ada di sana dihiasi pelbagai dekorasi bertujuan menarik perhatian orang awam terutamanya pelancong.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page