top of page

MP Wilayah pastikan RMK-13 dinikmati setiap lapisan rakyat



Semua pihak termasuk Ahli Parlimen perlu bersedia untuk menumpukan perhatian dalam mengenal pasti hasil libat urus agar limpahan manfaat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pelaksanaan sesi libat urus itu perlu membabitkan penyertaan kumpulan pemikir awam, wakil sektor swasta dan rakyat bagi memulakan gerak kerja ke arah pelaksanan rancangan lima tahun berkenaan.


"Penumpuan strategik juga perlu ditumpukan kepada aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan tatakelola," katanya dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) di Kuala Lumpur hari ini


Zaliha berkata mesyuarat tersebut turut membentangkan kertas berhubung projek pembangunan yang gagal disiapkan mengikut jadual yang kebanyakannya bersifat 'people-centric'.


"Justeru itu, saya tegaskan projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan hendaklah siap mengikut jadual bagi mengelakkan kekerapan Extensions of Time (EOT) yang menyebabkan kelewatan serahan projek," tegasnya sambal menyeru semua pihak dapat bersama-sama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merealisasikan penyediaan data pemetaan utiliti yang lebih komprehensif bagi perancangan pembangunan di Kuala Lumpur pada masa hadapan.


Turut dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah pelan mitigasi banjir di Kuala Lumpur khususnya sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, kata Zaliha.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page