Ahli parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse baru baru ini menyantuni wakil penduduk Taman Puteri Wangsa di Restoran Najwa Wangsa.
Menurutnya, beliau telah meluangkan masa hampir dua jam mendengar setiap aduan dan masalah yang dikemukakan oleh mereka.
"Kami berborak hampir 2 jam, saling bertukar pandangan berkenaan isu-isu semasa yang membabitkan masyarakat tempatan dan sempat merancang beberapa program sempena bulan kemerdekaan.
"Jika punyai waktu yang senggang, sememangnya inilah yang akan saya lakukan.
"Turun padang berjumpa dengan penduduk secara santai. Dengan cara begini saya percaya rakyat akan lebih selesa dan rasa pemimpin dekat dengan mereka," katanya.
Comments