top of page

MP Sg Petani tinjau naik taraf projek LRA Pelubang



Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Dr Taufiq Johari baru baru ini mengiringi Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam melawat ke tapak projek naik taraf Loji Rawatan Air Pelubang di Kedah.


"Turut sama mengiringi YB Akmal Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam dalam lawatan kerja melawat projek naik taraf Loji Rawatan Air Pelubang di Daerah Kubang Pasu," kata Taufiq dalam catatan di Facebook.

Kerja kerja pembinaan sedang giat dijalankan

Projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu, Kedah bernilai RM431 juta dan telah memulakan kerja kerja awal sejak tahun lalu.


Kerja-kerja tapak itu telah bermula kira-kira dua peratus dan ia dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun 2024.


LRA Pelubang merupakan salah satu daripada lima LRA di Kedah yang dinaik taraf Kerajaan Persekutuan termasuk LRA Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar biar pun Kedah merupakan sebuah negeri pembangkang PN.


Pembinaan kelima-lima loji tersebut dijangka mampu mengatasi masalah gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di negeri itu sejak sekian lama.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page