top of page

MP Segamat bantu ketua keluarga uzur, hutang pendidikan anak



Ahli Parlimen (MP) Segamat, R Yuneswaran terkesan dengan nasib Pakcik Sarwan menetap di Kampung Batu 5, dekat Buloh Kasap yang uzur dan tidak mampu lagi bekerja.


Katanya dalam kunjungan ke rumah Sarwan baru baru ini, hati beliau sayu mendapat tahu dari Ketua Kampung Tandong, Tok Salehuddin bahawa keluarga itu turut mempunyai seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).


"Beban yang mereka tanggung amat berat, dan saya bersama pasukan pejabat parlimen akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya," katanya di Facebook.


Yuneswaran juga mendapat tahu anak sulung keluarga berkenaan, Atika, yang diharapkan untuk membantu kewangan keluarga setelah berjaya melanjutkan pelajaran, kini berdepan kesulitan kerana diploma pengajiannya tidak dapat diperoleh akibat tunggakan yuran pembelajaran di kolej.


"Saya berjanji membantu melunaskan yuran tertunggak agar adik Atika dapat memperoleh sijilnya dan melangkah ke masa depan yang lebih cerah.


"Saya yakin dengan pendidikan yang lengkap, ia dapat membuka peluang yang lebih baik untuknya serta menjadi harapan buat keluarganya.


"Kami juga akan berbincang dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mencari mekanisme terbaik dalam menyalurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga ini," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page