top of page

MP Petaling Jaya tanding ketua cabang, Nabil Halimi ketua AMK PJ

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9
  • 2 min read

Dari kiri: Nabil (bertanding AMK), Lee Chean Chun, (calon Ketua Cabang) dan Maisara (bertanding wanita)
Dari kiri: Nabil (bertanding AMK), Lee Chean Chun, (calon Ketua Cabang) dan Maisara (bertanding wanita)

Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang KEADILAN Petaling Jaya.


Hal itu dinyatakan beliau dalam sidang media bersama calon Ketua Angkatan Muda (AMK) dan Ketua Wanita KEADILAN Petaling Jaya semalam.


Menurut Chean Chung, beliau menawarkan diri bertanding kerana mahu memberi nilai tambah di kawasan berkenaan selepas lebih dua tahun menjadi wakil rakyat di sana.


"Antara aspirasi saya menguatkan akar umbi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Seri Setia dan Bukit Gasing serta sasaran bangunkan sekurang-kurangnya 50 ranting di Petaling Jaya.


"Saya juga bercadang jadikan cabang Petaling Jaya yang pertama mempunyai pejabat sendiri serta adakan mesyuarat majlis ranting-ranting Petaling Jaya sebelum (mesyuarat) cabang, supaya suara akan umbi didengari," katanya yang juga Pengarah Komunikasi Nasional Keadilan.


Manakala calon Ketua AMK Petaling Jaya, Nabil Halimi berkata, beliau menawarkan diri bertanding selepas mendapat galakan daripada anggota akar umbi agar menyumbang bakat kepimpinannya di kawasan itu.


"Ini pemilihan kali pertama selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. KEADILAN kini dalam fasa memerlukan barisan kepimpinan lebih segar dan proaktif di lapangan, bukan untuk cerita politik semata-mata tetapi efektif dalam kerajaan.


"Bagi pemilihan kali ini, selain perkukuh dan bangunkan ranting-ranting di Petaling Jaya serta persiap jentera untuk pilihanraya akan datang, saya juga mahu bangunkan rumah angkatan muda di Taman Medan yang dilihat sesuai kerana ia kubu KEADILAN dan peratusan belia tinggi," katanya yang juga Ketua Penerangan AMK Malaysia.


Sementara itu, calon Ketua Wanita KEADILAN Petaling Jaya, Maisarah Ismail berkata, beliau mahu membawa golongan wanita supaya menjadi lebih kuat dengan menekankan kesatuan, inklusiviti, dan kepimpinan progresif.


"Banyak program yang dilakukan kerajaan perlu dibawa ke bawah dengan platform parti.


"Jadi saya mengambil pendekatan untuk bertanding Ketua Wanita KEADILAN PJ bagi sama sama menterjemahkan program di pusat untuk dibawa ke bawah," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page