top of page

MP pembangkang semberono berbahas, rujuk maklumat tidak sahih



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Ahli Parlimen (MP) pembangkang menggunakan sumber berita tidak sahih sebagai hujah dalam perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini merupakan suatu tindakan tidak bertanggungjawab.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, dakwaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi bahawa harga besi akan meningkat kepada RM4,000 satu tan berdasarkan maklumat dari Facebook, yang kemudian dipersoalkan kesahihannya oleh Ahli Parlimen Batu Pahat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.


"Sebagai MP, beliau seharusnya membuat semakan dan kajian tentang perkara yang hendak dibahaskan dalam Dewan Rakyat.


"Beliau seolah-olah telah merendahkan kesucian Dewan sebagai sebuah badan perundangan yang tertinggi serta tidak menghormati majlis persidangan.


"Tindakan ini telah melanggar peraturan mesyuarat 36(12) yang menimbulkan kekeliruan anggota Dewan Rakyat dengan fakta yang menyimpang.


"Dalam hal ini beliau bukan sahaja mengelirukan ahli dewan tetapi juga telah mengelirukan rakyat yang menyaksikan persidangan tersebut sehingga menimbulkan fitnah dan kekeliruan," kata Azha ketika dihubungi Suara Keadilan.

Datuk Mumtaz Md Nawi

Semalam Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, meminta Mumtaz menarik balik kenyataan berhubung maklumat berkenaan kenaikan harga bahan binaan yang diakuinya diambil dari Facebook.


Ramli mengingatkan setiap sumber yang diperoleh mesti disahkan sahih ketika perbahasan.


Pada awalnya, kenyataan Mumtaz ditegur Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang meminta beliau menarik balik dakwaan tersebut.


Jelas Onn, Jabatan Penyiaran Malaysia melalui segmen ‘Biar Betul!’ sudah memaklumkan bahawa kenaikan harga besi adalah berita palsu.


Segmen itu memaklumkan, tuduhan tersebut diambil dari keratan akhbar berita bertarikh 26 Oktober 2021 berhubung dakwaan harga bahan binaan naik mendadak.


Dakwaan kenaikan itu tular apabila seorang pempengaruh pro pembangkang memuat naik keratan akhbar bertajuk harga besi naik RM2,800 kepada RM4,000 satu tan di laman Facebook miliknya tanpa menyatakan tarikh sebenar berita berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page