top of page

MP Miri bantu keluarga Allayarhamah Nur Farah di Selangor



Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (gambar, tiga dari kanan) hari ini membantu keluarga Allahyarhamah Nur Farah Kartini yang dibunuh secara kejam. Keluarga Allahyarhamah yang terbang dari Sarawak kini berada di IPD Hulu Selangor untuk membantu siasatan dalam kes tersebut.


Anggota parlimen KEADILAN itu menghulurkan sumbangan wang tunai dan berkata akan membantu keluarga Allahyarhamah sepanjang mereka berada di Selangor.


"Saya telah menyerahkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarganya yang datang dari Miri ke Kuala Lumpur.


"Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) kerana telah membantu menguruskan ahli keluarga yang datang dari jauh. Terima kasih kerana UPSI sudi membantu untuk menampung kos pengurusan jenazah.


"Saya juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa bahawa selaku Ahli Parlimen Miri saya sentiasa bersedia membantu mereka untuk melalui waktu-waktu yang mencabar ini. Mereka boleh berhubung terus dengan saya atau pegawai saya sekiranya memerlukan sebarang pertolongan terutamanya ketika berada di negeri Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Choon Man juga telah bertemu dengan para pegawai polis di IPD Hulu Selangor dan mendapatkan maklum balas mengenai kes tersebut.


"Terima kasih kepada polis kerana bertindak pantas dan efisien dalam siasatan kes ini. Saya telah mendapat jaminan bahawa pihak berkuasa sedang membuat yang terbaik demi mencapai keadilan untuk semua.


"Kenyataan Ketua Polis Negara semalam bahawa polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil amat dihargai dan akan terus meningkatkan keyakinan rakyat tentang kedaulatan undang-undang di negara kita.


"Saya ingin menasihati orang awam supaya tidak membuat spekulasi tentang kes ini dan jangan keluarkan sebarang kenyataan yang mengguris hati keluarga mangsa," katanya.


Beliau berharap rakyat Malaysia memberi ruang kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan juga pegawai polis dalam menjalankan siasatan mereka.


Kelmarin, mayat Allahyarhamah Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang. Mangsa dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan berkata, hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat tersebut adalah individu yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.


Sebelum itu, Allahyarhaman Nur Farah dilaporkan hilang selepas gadis itu menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.


Nur Farah Kartini dilaporkan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim, kira-kira 8 pagi 10 Julai lalu.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page