top of page

MP Batu agih bantuan Yayasan Wilayah bela nasib empat keluarga



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran hari ini mengagihkan bantuan khas kebajikan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan kepada empat buah keluarga pagi tadi.


Dalam ucapannya, Prabakaran memuji Yayasan Wilayah Persekutuan ditubuhkan sejak 1986 yang telah banyak membantu warga memerlukan dengan pelbagai jenis bantuan kepada golongan berkenaan.


"Program melalui Yayasan Wilayah membantu empat buah keluarga yang memerlukan. Ini bukanlah kali pertama program sebegini diadakan dan telah banyak bantuan diberi.


"Saya percaya program-program bantuan yang digerakkan yayasan sebegini sudah tentu mampu memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan," katanya di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu.


Pada masa sama, beliau turut menggalakkan lebih banyak bantuan daripada yayasan tersebut kepada golongan memerlukan terutama B40 bagi membela nasib mereka agar keluar daripada kesempitan hidup.


"Saya yakin program sebegini mampu membela nasib mereka yang kurang bernasib baik dan program sebegini sememangnya amat digalakkan.


"Oleh itu, saya harap bantuan seperti ini boleh digerakkan lagi kepada keluarga B40 di Kuala Lumpur khusus di Parlimen Batu," ujarnya.


Yayasan Wilayah Persekutuan ditubuhkan untuk membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Yayasan berkenaan berperanan dalam lima gerak kerja perkhidmatan iaitu pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan teknologi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page