top of page

MoU peruntukan parlimen: Pembangkang perlu guna pendekatan PH - Saifuddin



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegur sikap pembangkang yang memilih untuk bercakap dengan media berbanding berunding berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada kawasan parlimen pembangkang.


Jelasnya, situasi itu jauh berbeza dengan perbincangan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Persekutuan pada 2021 lalu, yang ketika itu menjadi pembangkang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bahkan kata Saifuddin, tindakan pembangkang mendedahkan draf perbincangan di media disifatkan hanya membuat onar berbanding mencapai persetujuan dalam isu peruntukan.


"Pertamanya pihak kerajaan (pada 2021) kemuka draf (kemudian) Pakatan Harapan bincang dalam Majlis Presiden PH, kemudian beri maklum balas. Pihak kerajaan meneliti maklum balas dan kami duduk berunding mencapai titik temu.


"Proses ini ada tertibnya, perundingan berlangsung beberapa pusingan. Sehinggalah kedua-dua pihak bersetuju dengan isi MoU.

Kami meterai persetujuan itu dalam satu majlis di Parlimen dihadiri Perdana Menteri, Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


"MoU kali ini? Baru terima draf sudah riuh dekat luar. Betullah kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kalau pilih nak bercakap dengan media tidak perlulah nak berunding," katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.


Isu penolakan MoU sebelum ini timbul ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak draf berkenaan berasaskan empat sebab utama iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan bersuara sebagai Ahli Parlimen.


Rentetan itu, Fadillah bertindak mendedahkan butiran kandungan draf MoU berkenaan memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media.


Katanya, tindakan itu diambil bagi membolehkan rakyat menilai sendiri bahawa kesemua dakwaan yang dibuat oleh wakil pembangkang mengenai perjanjian tersebut adalah tidak berasas sama sekali.


Tegas Fadillah, Kerajaan Perpaduan hanya mahu mewujudkan suasana aman dan harmoni supaya semua Ahli Parlimen lebih fokus kepada usaha pemulihan ekonomi, selain dapat memainkan peranan konstruktif sebagai semak dan imbang.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page