Oleh: Abdullah Zaid
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft hai ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan literasi digital masyarakat dalam Kecerdasan Buatan (AI).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerjasama itu akan dipacu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kesemua 911 cawangan termasuk 186 lagi tambahan Pusat NADI yang ditubuhkan sepanjang tahun ini.
"Hasil kerjasama ini seramai 1,600 ahli komuniti NADI akan menerima latihan dan pensijilan dalam kemahiran AI.
"Ia juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan dengan keberadaan NADI di setiap kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis MoU MCMC dan Microsoft di EQ Hotel, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman.
Pada 2 Mei lalu Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella mengumumkan pelaburan sebanyak melabur AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan (clouds) dan kecerdasan buatan (AI) negara untuk tempoh empat tahun di Malaysia.
Pelaburan itu katanya termasuk membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.
Pelaburan itu menunjukkan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia sebagai hab pengkomputeran awan dan teknologi AI generatif selaras dengan agenda Ekonomi Madani.
Comments