top of page

MoU kerajaan - pembangkang fokus usaha kestabilan negara - Fadillah



Fokus kepada memastikan kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan berkaitan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja merupakan antara intipati dalam draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perincian draf berkenaan sedang dimuktamadkan sebelum diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk dipersetujui.


"Kita masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua Ahli Parlimen melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.


"....(kedua) untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan, 3R dan sebagainya," katanya dipetik selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara di Putrajaya hari ini.


Pada 18 April lalu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.


Sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.


Pada 25 April lepas, Fadillah berkata draf tersebut masih dirangka dan akan diserahkan kepada pembangkang dalam masa terdekat dan intipati draf tersebut antaranya memberi tumpuan kepada persefahaman menggerakkan pembangunan negara, fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page