top of page

MoU boleh ditambah baik, pembangkang ketepikan sikap angkuh - Fahmi



Draf memorandum kerjasama (MoU) peruntukan parlimen bagi kawasan pembangkang bukanlah muktamad sehingga perlu ditolak mentah mentah oleh Perikatan Nasional (PN).


Bagi Jurucakap Kerajaan Perpaduan, draf yang disediakan oleh pihak kerajaan itu boleh ditambah baik melalui sebarang cadangan daripada pembangkang untuk mencapai situasi yang memuaskan hati kedua belah pihak.


"Draf yang ada boleh ditambah baik, saya berasa (pembangkang perlu) ketepikan sikap angkuh atau rasa sombong, bongkak. Kita duduk dan bincang bersama demi rakyat, demi masa depan negara.


"Kalau pihak pembangkang benar benar berminat inilah caranya (berunding dan tandatangan MoU)," katanya ketika ditemui pemberita dalam Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Menurut Fahmi, sekiranya selepas ini pembangkang menyalahkan kerajaan berhubung peruntukan parlimen maka pihak yang perlu disalahkan ialah pemimpin tinggi PN serta pengerusinya, Muhyiddin Yasin yang tidak mahu berunding secara baik berkenaan MoU yang ditawarkan.


"(Oleh itu) saya pohon Tan Sri Muhyiddin untuk bersikap sebagai seorang negarawan, lapang dada, besar hati, duduk di meja rundingan, kita bincang.


"Kalau selepas ini ada mana mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengeluh, jangan salahkan sesiapa kecuali Pengerusi PN.


"Saya percaya ramai di kalangan Ahli Parlimen PN yang ingin melihat ada peruntukan atau beberapa perkara yang ingin mereka masukkan dalam MoU," katanya.


Terdahulu, Fahmi ketika ditemubual oleh Suara Keadilan mengenai penglibatan beliau pada era reformasi 1998 berkata, beliau pada waktu itu masih bersekolah menengah.


Namun perhimpunan pada 20 September 1998 telah mengubah hidupnya buat selama lamanya untuk berjuang dalam wadah KEADILAN.


"Tahun 1998 umur saya 17 tahun. Mulanya saya diarah untuk tidak hadir oleh mak ayah saya.


"(Setelah hadir himpunan) antara tempat pertama saya pergi masa itu Masjid Negara, saya ingat lagi gambar paling ikonik Datuk Seri Anwar tengah berucap di satu sudut (tingkat atas masjid), saya pula di hujung satu lagi," katanya.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page