top of page

Motosikal 150cc pasang ABS kurangkan kemalangan maut - MIROS



Langkah mewajibkan pemasangan Sistem Pembrekan Antikunci (ABS) berkuat kuasa pada awal tahun depan mendapat reaksi positif daripada pengeluar motosikal dengan kira-kira 70% model motosikal berkapasiti enjin 150cc hingga 250cc oleh tiga pengeluar utama di Malaysia, telah dilengkapi dengan sistem itu


Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sistem yang mencegah roda terkunci ketika penunggang menekan brek secara mengejut dilihat mampu mengurangkan kadar kematian. Ketika ini 93% kemalangan maut motosikal berdasarkan rekod polis adalah melibatkan penunggang kenderaan berkapasiti di bawah 250cc, katanya.


"Motosikal berkapasiti lebih besar, khususnya melebihi 150cc, boleh memanfaatkan teknologi ABS kerana berat dan had laju yang lebih tinggi menyebabkan motosikal jenis ini memerlukan jarak berhenti yang lebih panjang untuk berhenti dengan selamat.


"Dalam situasi brek kecemasan, ABS berperanan penting memastikan penunggang dapat mengawal motosikal dengan lebih cekap, sekali gus mengurangkan risiko perlanggaran," kata MIROS dalam kenyataan hari ini.


Pada 2 September lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mengumumkan semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki ABS bermula 1 Januari tahun depan sebagai antara insiatif kerajaan dalam menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.


Di Malaysia, penunggang motosikal menyumbang 65% daripada jumlah keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya.


MIROS berkata berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pemasangan ABS pada motosikal dianggarkan mampu mengurangkan kadar kematian jalan raya sehingga 31%.


"Laporan European Transport Safety Council juga menunjukkan kematian penunggang motosikal di Eropah berkurang secara purata sebanyak 2% setiap tahun dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, yang mana sebahagiannya disebabkan oleh pemasangan wajib ABS," ujarnya.


Kenyataan itu berkata pemasangan wajib ABS dijangka memberi impak peningkatan kos yang minimum ketika trend global menunjukkan harga komponen sistem itu semakin stabil, terutamanya dengan peningkatan pengeluaran besar-besaran oleh pengeluar motosikal di peringkat antarabangsa.


Data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengedar dan Pemasangan Motosikal dan Skuter (MASAAM) juga menunjukkan bahawa trend penjualan motosikal di Malaysia dalam segmen 126cc hingga 250cc telah meningkat sebanyak 145% pada 2019 berbanding 2016.


"Skala pengeluaran yang lebih besar ini dijangka akan terus menurunkan kos komponen ABS, menjadikan teknologi ini lebih mampu milik.


"Dengan ini, penunggang motosikal di Malaysia dapat memiliki motosikal yang lebih selamat tanpa kenaikan kos yang ketara, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya secara keseluruhan," katanya.


Malaysia kini seiring dengan negara-negara lain seperti Kesatuan Eropah, Jepun, India dan Thailand dalam mewajibkan pemasangan ABS pada motosikal. Langkah ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap standard keselamatan jalan raya global.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page