top of page

MOT tubuh pasukan khas tangani isu keselamatan kenderaan berat



Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas sebagai usaha kementerian itu menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.


Menterinya Loke Siew Fook berkata, pasukan petugas khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan.


"Saya telah tugaskan KSU untuk mempengerusikan pasukan khas ini yang bukan sekadar untuk mengkaji dan menilai apa yang boleh dilaksanakan, tetapi untuk memulakan pelaksanaan segera bagi apa yang boleh dilaksanakan.


"Apa dasar yang boleh dibincangkan dan dilaksanakan dengan segera. Pasukan ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka strategi efektif demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya dipetik dalam ucapan pada majlis amanat tahun baharu 2025 di Putrajaya pada Isnin.


Sementara itu tegasnya, Kementerian Pengangkutan akan meningkatkan penguatkuasaan melalui pendekatan bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


Manakala sistem “High Speed-Weigh in Motion” (HS-WIM) akan diperluaskan untuk memantau muatan kenderaan berat secara automatik selain menambah baik Sistem kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) bagi memantau kelajuan kenderaan secara lebih menyeluruh.


Loke juga memberitahu, pihaknya juga akan menilai semula undang-undang seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk memastikan hukuman lebih efektif terhadap kesalahan membawa muatan berlebihan.


Pada 23 Dis lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara dipercayai berpunca daripada tayar lori treler yang tercabut.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik laporan media pada Disember lalu memaklumkan, sebanyak 825 buah lori terlibat dalam kemalangan maut sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun lalu.


Jumlah itu menjadikan secara purata, tiga buah lori terlibat nahas dalam sehari.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page