top of page

MOT, polis kerjasama buru anasir sabotaj sistem rel negara



Kementerian Pengangkutan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu anasir-anasir yang mensabotaj infrastruktur rel negara termasuk mencuri kabel sistem semboyan dan komunikasi.


Menterinya Anthony Loke berkata, individu yang melakukan kegiatan membahayakan orang awam itu perlu dibawa ke muka pengadilan.


"Sindiket mencuri kabel adalah sabotaj berunsur jahat yang menjejas ketenteraman awam dan keselamatan negara.


"Maka, tindakan penguatkuasaan mesti dipertingkatkan dan fokus diberi kepada peruntukan kuasa undang-undang berkenaan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya dalam lawatan ke Perlis dan Kedah semalam.


Loke berkata bagi mengatasi masalah itu pasukan Polis Bantuan KTMB telah melaksanakan sebanyak 132 operasi khas termasuk rondaan 24 jam seperti di Sungai Petani, Gurun, dan Tasek Gelugor.


"KTMB juga akan menambahbaik rangkaian Axle Counter dan peralatan Axle Counter dengan anggaran kos RM12.8 juta setahun dalam tempoh tiga tahun tertumpu di kawasan panas tersebut serta menambah infrastruktur pemantauan dan pencegahan termasuk CCTV, dron, pagar anti-panjat dan memasang penutup manhole dengan mekanisma kunci baharu," ujarnya.


Dalam hal ini Loke berkata masalah kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi yang berterusan memberikan kesan yang ketara ke atas perkhidmatan KTM di sektor utara.


"Jumlah kes kecurian kabel telah melonjak 414% dari 7 kes pada suku ketiga 2024 kepada 36 kes pada suku keempat 2024," ujarnya.


Beliau memberitahu sebanyak 20 lokasi panas yang telah dikenal pasti, dengan sektor Sungai Petani - Tasek Gelugor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 35 dan sektor Gurun - Sungai Petani sebanyak 21 kes pada tahun 2024.


"Akibatnya, jumlah insiden gangguan perkhidmatan KTM Komuter Utara yang berpunca daripada kes kecurian kabel meningkat dari 85 insiden pada Julai 2024 kepada 804 insiden pada Disember 2024," katanya.


Ekoran kejadina itu, Loke berkata KTMB terpaksa mengeluarkan kos pembaikan mencecah RM1.35 juta, dengan kerugian masa sebanyak 162 jam akibat gangguan operasi.


"Jumlah kes kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi yang meningkat secara mendadak ini tidak boleh lagi dipandang mudah sebagai isu jenayah kecurian semata-mata," katanya.


Sedangkan beliau menjelaskan sistem semboyan berperanan mengawal pergerakan tren yang membawa ratusan penumpang dan kargo yang nilainya jutaan ringgit secara selamat.


"Kecurian kabel sistem semboyan bukan sekadar mengganggu perkhidmatan KTM tetapi berpotensi untuk menggugat keselamatan penumpang dan kargo," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page