top of page

MOSTI perkasa program Malaysia Techlympics lahir anak muda berinovasi



Generasi muda berinovasi merupakan aset penting dalam menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi pada masa hadapan.


Sehubungan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk memperkasa program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bagi melahirkan generasi berteknologi tinggi.


Menurut Menteri MOSTI, Chang Lih Kang, program tersebut dirancang untuk membina asas kukuh bagi melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi serta memupuk minat mereka terhadap bidang STEM.


"Melalui Techlympics, kami berhasrat untuk melibatkan lebih ramai pelajar dalam aktiviti berinovasi seperti robotik, teknologi pintar, dan kecerdasan buatan (AI).


"Ini adalah peluang bagi pelajar bukan sahaja mempelajari kemahiran baru tetapi juga bersedia menghadapi cabaran pekerjaan masa hadapan yang berasaskan teknologi.


"MOSTI juga memberi fokus kepada pembangunan bakat tempatan melalui sokongan dana penyelidikan dan platform inovasi, dengan harapan agar Malaysia mampu menjadi hab teknologi serantau dan menerajui ekonomi berasaskan ilmu menjelang 2030


"Kami turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam menganjurkan pelbagai program, termasuk Minggu Sains Negara (MSN) yang dilaksanakan di pelbagai negeri," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau lagi, tahun ini Karnival MSN 2024 diteruskan di enam negeri termasuk Melaka dengan sasaran 25,000 pengunjung terdiri daripada pelajar, belia, guru, dan ibu bapa.


Justeru pihanya, berharap penganjuran itu dapat meningkatkan kesedaran sains, teknologi, dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page