top of page

MOSTI komited sediakan negara untuk bangun sektor AI



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk memastikan negara bersedia untuk menerima pembangunan dalam sektor kecerdasan buatan (AI).


Menterinya, Chang Lih Kang berkata pihaknya akan memastikan infrastruktur, dasar dan insentif dipenuhi.


Usaha itu juga jelasnya penting agar selari dengan nilai ekonomi MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang menyokong pertumbuhan industri dan inovasi berasaskan digital.


"Usaha ini akan mencipta peluang pekerjaan dan juga membangunkan kemahiran tenaga kerja tempatan bagi memacu pembangunan dan penggunaan AI untuk ekonomi dan sosial Malaysia," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berkata demikian pada ucapan di Seminar Memperkasa Komuniti Dengan AI: Membuka Potensi Melalui Teknologi di ibu negara pada Jumaat.


Seminar itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta dianjurkan selaras peralihan negara kepada ekonomi digital yang menyokong beberapa pelan tindakan nasional termasuk Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).


Ia menyediakan platform untuk berinteraksi selain membolehkan peserta bertukar-tukar idea, menjalin kerjasama serta meneroka peluang baru merentas pelbagai sektor.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page