top of page

MOSTI bakal terajui inisiatif Pemula Niaga ASEAN sektor STI



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi Cradle Fund Sdn Bhd akan menerajui inisiatif Pemula Niaga ASEAN di bawah sektor sains, teknologi dan inovasi (STI).


Menterinya, Chang Lih Kang berkata, inisiatif itu disokong oleh Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (COSTI) pada Jun 2023 dengan kemas kini terbaharu semasa Mesyuarat ASEAN COSTI ke-85 pada awal Jun 2024 dan ia disasarkan untuk merangsang ekosistem pemula niaga di seluruh rantau menerusi penyepaduan ekonomi dan pembangunan inklusif.


"Kami telah mula beralih menumpu kepada inisiatif ini bagi 2025.


"Saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa cadangan Priority Economic Deliverable (PED) 2025 di bawah sektor STI bertajuk "ASEAN Technology Startup Ignite" telah disahkan oleh ASEAN COSTI-85 dan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi ke-20 (AMMSTI-20)," katanya dipetik.


Chang berkata begitu menerusi ucap tamanya beliau pada Persidangan Tech in Asia 2024, di Kuala Lumpur pada Khamis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Norman Matthieu Vanhaecke.


Sementara itu tambahnya, program kapasiti seperti pertandingan pembentangan idea dan program pemecut pemula niaga akan menjadi output utama daripada cadangan PED 2025.


"Output utama lain termasuk Festival Pemula Niaga ASEAN-India 2025 dan deklarasi mengenai Memperkasakan syarikat pemula niaga teknologi ASEAN untuk meraih sokongan daripada semua negara anggota bagi mengembangkan rangkaian pemula niaga global," tambahnya dipetik laporan media.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page