top of page

Monsun Timur Laut: KPM laksana persiapan awal hadapi risiko banjir



Kementerian Pendidikan (KPM) melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula minggu depan.


Ketua Setiausahanya Datuk Ruji Ubi berkata, pihaknya memandang serius isu keselamatan termasuk impak bencana membabitkan nyawa dan harta benda.


Justeru, kefahaman mengenai perkara itu bakal diterapkan kepada pelajar dan warga sekolah untuk mereka bertindak dengan lebih pantas apabila berhadapan situasi berkenaan.


"Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang dilancarkan pada 3 Oktober lalu berupaya menjadi paksi dan petunjuk kepada pengurusan risiko bencana yang mampan melalui teras strategi dan sasaran digariskan.


"Pengurangan Risiko Bencana (DRR) ini juga satu intervensi bagi memastikan warga institusi pendidikan khususnya murid sentiasa bersedia menghadapi bencana. Murid diberikan pendedahan yang komprehensif tentang langkah-langkah menghadapi bencana, bagaimana melindungi diri dan ketika berlakunya bencana," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan KPM Menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda di Kuantan seperti dilapor media.


Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.


Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang tempoh itu hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dengan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page