top of page

Momentum kecemerlangan di negeri PH perlu dikekalkan



Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menggesa pengundi di enam buah negeri yang bakal mengadakan pilihan raya negeri (PRN) membuat pilihan dengan tepat.


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu menegaskan negeri-negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah mencatatkan banyak kejayaan dalam pengurusan dan momentum itu wajar diteruskan.


Mengambil contoh negeri Selangor beliau berkata, PH mula menerajui negeri itu pada 2008 dengan rizab simpanan hanyalah RM430 juta tetapi selepas tiga penggal, jumlah rizab meningkat 10 kali ganda kepada RM3.4 bilion.


Malah Selangor telah menjadi negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara iaitu sebanyak 25.5 peratus.


"Ini adalah satu rekod yang cemerlang kerana kerajaan berintegriti maka tidak ada ketirisan.


"Negeri makmur, rakyat pun akan dapat pelbagai imbuhan. Dari bayi dalam buaian sampai ke liang lahad semua dapat kebajikan daripada bas percuma, biasiswa, insurans percuma," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas meninjau Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi pada Selasa.


Sementara itu ketika mengulas kejayaan PH di Pulau Pinang, Kor Ming berkata negeri itu telah menjadi negeri pengeksport utama negara.


Walaupun negeri itu adalah kedua terkecil dari segi keluasan, Pulau Pinang tegasnya menguasai 30 peratus aktiviti itu di Malaysia.


"Manakala Negeri Sembilan mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran di tahap 2.55 peratus.


"Ini jelas supaya momentum ini dikekalkan sama ada di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Ini adalah antara pencapaian yang penting," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page