top of page

'Mohon segera fleet card untuk nikmati harga diesel bersubsidi'



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh menyeru pemilik kenderaan diesel bagi tujuan mengangkut barang untuk mengemukakan permohonan 'fleet card'.


Bercakap dalam satu sidang media di Kuantan pada Selasa Fuziah berkata, langkah tersebut bagi memastikan mereka akan terus menikmati subsidi bahan api itu susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi.


"Sebab itu penting pemilik kenderaan mengangkut barang untuk daftar dan jangan ketinggalan.


"Apabila selesai mendaftar dan diluluskan, pemilik kenderaan atau syarikat perlu mengemukakan permohonan untuk fleet card di syarikat minyak ditetapkan," jelasnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Perutusan Negara yang disiar pada Selasa mengumumkan penyasaran subsidi bahan api itu bagi memastikan ia benar-benar dinikmati golongan yang layak sahaja.


Di bawah KPDN sebanyak 23 jenis kenderaan mengangkut barang yang layak menerima subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKSD) 2.0 dengan setakat ini sebanyak 90,000 kenderaan sudah menerima `fleet card' masing-masing.


Kenderaan yang layak menerima subsidi diesel termasuk lori rigid (curtain sider), lori katering makanan, lori rigid (hasil pertanian), lori tangki rigid (minuman), lori rigid (kandang haiwan), semi (van panel), dan lori rigid (kombinasi).


Selain itu, turut diberikan subsidi ialah bas perkhidmatan bergerak, lori rigid (open platform), van perkhidmatan bergerak, bas katering makanan, lori rigid (perkhidmatan bergerak), van katering makanan, dan lori rigid (sampah).


Manakala untuk pemilik kenderaan diesel individu, petani, dan pekebun kecil komoditi yang layak pula bakal menerima bantuan RM200 setiap bulan sebagai subsidi bahan api itu dibawah Program Budi Madani.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page