top of page

Mohamad Sabu wakili Malaysia ke pengebumian Presiden Iran



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia untuk menghadiri majlis pengebumian Presiden Ebrahim Raisi.


Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menghubungi Presiden Interim republik Islam itu Mohammad Mokhber semalam.


Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin itu di atas pemergian Ebrahim dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian serta delegasi yang maut dalam nahas helikopter pada 19 Mei.


"Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian Almarhum Presiden Raisi.


"Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Almarhum Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh, dan saya telah memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan Almarhum Presiden sebelum ini," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Terdahulu Kabinet menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban nahas helikopter di barat laut Iran pada Ahad, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


"Ia adalah satu kemalangan yang cukup menyedihkan...memang meninggalkan kesan, kita ucap takziah," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet tersebut, telah menyingkap dua pertemuan beliau dengan Raisi sebelum ini dan menyifatkan hubungan baik Malaysia-Iran telah bertambah erat.


Pada Ahad lepas, helikopter yang membawa Ebrahim bersama Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain, terhempas di kawasan Varzaqan ketika dalam penerbangan pulang daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.


Susulan tragedi itu, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama lima hari, selain meluluskan pelantikan Mokhber yang juga Naib Presiden Iran sebagai presiden interim.


Anwar berkata menerusi perbualan telefon itu, Mokhber turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah, sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.


"Beliau turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.


"Di akhir perbualan, beliau memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page