top of page

Mohamad Sabu sertai Operasi Pembenihan Awan di Kelantan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melahirkan harapan tinggi operasi pembenihan awan (OPA) yang dilakukan di Kelantan mampu membantu petani dan pesawah negeri itu yang terjejas kemarau.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya mememaklumkan pembenihan awam yang dilaksana pada Ahad bertujuan meningkatkan paras air Sungai Kelantan supaya dapat mengairi kawasan pertanian.


"Saya berdoa dan berharap usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.


"Pihak Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan cakna dengan apa yang berlaku di seluruh negara dan akan sentiasa memberikan perhatian yang sewajarnya untuk maslahah kita bersama.


"Terima kasih saya ucapkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) atas komitmen yang cukup tinggi bagi menjayakan operasi ini," katanya.


Melalui hantaran itu, Mohamad Sabu turut berkongsikan beberapa foto beliau menyertai operasi berkenaan.


Operasi pembenihan awam merupakan satu proses untuk menggalakkan pembentukan awan hujan.


Dua kaedah digunakan dalam operasi itu, iaitu pembenihan basah dan pembenihan kering.


Pada operasi pembenihan basah, larutan air garam dicampur dan disemburkan ke awan untuk merangsang pembentukan titisan hujan.


"Manakala pada pembenihan kering, serbuk garam diterbangkan ke awan untuk tujuan yang sama.


Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, kerajaan telah meluluskan penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) sebanyak RM5 juta bagi menjayakan OPA.


OPA di Kelantan dilaksana sebagai tindakan awak mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan mengurangkan impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page