Perhimpunan anjuran kerajaan Malaysia bersolidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang diadakan pada Ahad, 4 Ogos ini dipimpin oleh Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurut Mohamad, himpunan yang akan bermula pada pukul 6.00 petang di Stadium Axiata, Bukit Jalil itu akan mendengarkan ucapan para pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kabinet memutuskan untuk saya mengepalai himpunan 4 Ogos di Stadium Axiata, Bukit Jalil dan majlis bermula di situ pada Mahgrib. PM akan memberikan ucapan pada malam itu bersama pimpinan lain untuk kita menyatakan solidari kita bersama rakyat Palestin," katanya dalam satu siaran media.
Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan, himpunan seperti itu juga mungkin akan dianjurkan oleh negara lain sekiranya tiada lagi jalan hukum yang boleh digunakan untuk menentang kezaliman Israel yang sewenang wenangnya membunuh dan menceroboh ke mana mana negara tanpa dihukum malah dilindungi kuasa besar dunia terutamanya kuasa Barat.
Comments