top of page

MoF lanjutkan tempoh pembayaran balik tunai SKSD 2.0



Mekanisme pembayaran balik secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang masih belum menerima fleet card dilanjutkan sehingga bulan ini.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan melalui satu kenyataan berkata, kemudahan tersebut hanya dibuka kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang sudah diluluskan permohonan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 pada atau sebelum 30 Jun lalu.


"Kerajaan kekal komited untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel ini berjalan dengan lancar, dan ini termasuklah memastikan semua yang berkelayakan dapat memanfaatkan bantuan ini sepenuhnya, untuk mengurangkan impak kepada rakyat


"Lanjutan ini membolehkan pemohon yang layak untuk membuat tuntutan bagi penggunaan diesel dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2024 (sebelum ini sehingga Julai 2024 sahaja).


"Atau sehingga menerima fleet card atau bagi tempoh maksimum tiga bulan sahaja, mana-mana terdahulu. Hari terakhir untuk mengemukakan tuntutan juga telah dilanjutkan kepada 15 September 2024," katanya dipetik.


Mekanisme pembayaran balik secara tunai kepada pemohon yang layak merupakan pemudahcara sementara bagi menampung perbezaan antara harga runcit diesel dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.

Pelanjutan pembayaran tunai memberi masa yang secukupnya kepada syarikat-syarikat logistik berkelayakan untuk menerima fleet card dan tidak menghadapi sebarang kesulitan menerima subsidi bersasar.


Justeru jelasnya, pemohon yang layak boleh mengemukakan tuntutan bulan Ogos 2024 mulai 12 Ogos ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page