Modul baharu 'Hadis 40 Imam Nawawi' yang bakal diperkenalkan di sekolah awam tahun depan adalah untuk pelajar Islam sahaja, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Beliau berkata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan perkara itu semasa mesyuarat pasca Kabinet pada Rabu.
"Kursus ini hanya melibatkan guru dan pelajar beragama Islam. Bagi sekolah Cina dan Tamil, hanya pelajar Islam sahaja yang perlu hadir, bukan pelajar bukan Islam. Ini sangat jelas.
"Menteri telah secara terbuka dan jelas menyatakan perkara ini kepada timbalan menteri, ketua setiausaha, ketua pelbagai jabatan, dan lain-lain yang hadir pada mesyuarat pascakabinet," kata Lim dalam kenyataan.
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai hadis Nabi Muhammad s.a.w di peringkat sekolah.
Modul itu akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain.
Ia dibangunkan atas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu hadis tersebut diajar di sekolah bagi memastikan penghayatan hadis untuk memupuk semangat cintakan dan mendalami kefahaman agama, khususnya dalam kalangan pelajar Islam.
Comments