top of page

MKI adakan muzakarah khas, teliti fatwa berkaitan pencerobohan Israel di Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan mengadakan muzakarah khas bagi meneliti fatwa Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel di Gaza, Palestin.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perbincangan itu akan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi meneliti fatwa berkenaan secara mendalam dan menyeluruh.


"Saya juga telah meminta agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut.


"Ini demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam, khususnya saudara kita di Gaza," katanya dalam kenyataan pada Ahad.


Media antarabangsa melaporkan, antara intipati fatwa ialah kewajipan campur tangan ketenteraan segera negara-negara Arab dan Islam


Selain itu, ia berkaitan keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang dimeterai beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.


Manakala Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia memutuskan fatwa mewajibkan jihad harta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, dan mengharamkan untuk menyokong Israel dalam apa jua bentuk sokongan.


"Agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah ditubuhkan untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza.


"Semua pihak memikul tanggungjawab bersama untuk terus menyuarakan sokongan, menzahirkan solidariti dan mendoakan kemenangan bagi rakyat Palestin serta mendoakan agar segala usaha itu menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza," tegas Mohd Naim menurut laporan media.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page