top of page

MITRA buka permohonan geran PPSMI 2025

Updated: Sep 19



Permohonan geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 akan dibuka bermula 15 Oktober hingga 14 November ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, P Prabakaran berkata, pihaknya sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai program dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat India, dengan tumpuan khas kepada golongan B40.


Justeru beliau menyeru pemegang taruh serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk merebut peluang memohon geran berkenaan yang tujuannya bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan sasar.


"Sebanyak RM95.4 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai program dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat India. RM4.6 juta telah disalurkan untuk perancangan program bagi mengangkat masyarakat itu," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas sesi libat urus Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) bersama wakil-wakil rakyat berbangsa India seluruh negara, di Putrajaya pada Selasa.


Prabakaran sementara itu memaklumkan, Program Bantuan Awal Kemasukan Institut Pengajian Tinggi 4.0 bagi tahun akademik 2024/2025 juga dibuka mulai hari ini sehingga 17 Oktober.


"Semua pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tahun 1 dan 2, termasuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) daripada keluarga B40, disarankan untuk memohon bantuan berkenaan," tambahnya.


Bercakap kepada media, beliau menegaskan pihaknya akan memastikan proses pengagihan dana dijalankan dengan telus dan mematuhi prinsip tatakelola yang baik.


"Setiap tahun, RM60 juta (disalurkan) untuk kebajikan masyarakat India. Melaksanakan transformasi masyarakat India terutama golongan B40 (berpendapatan rendah) agak sukar sebab kekurangan dana," katanya sambil mengakui cabaran terbesar dihadapi MITRA adalah kekurangan dana.


Sehubungan itu katanya, MITRA memohon dana tambahan bagi meningkatkan peluang pekerjaan melalui program seperti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperbaiki kualiti hidup masyarakat India, terutama golongan belia.


MITRA juga telah mengemukakan permohonan agar peruntukan untuk masyarakat India dinaikkan kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2025, berbanding RM100 juta yang diterima ketika ini.

1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


Kerishnamoorthy Sinnappan
Kerishnamoorthy Sinnappan
Sep 20

I need to apply for ngo

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page