top of page

MITI mulakan kajian pentadbiran anti lambakan besi, keluli import

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2024
  • 2 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.


Kementerian itu menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, ia membabitkan keluli bukan aloi melebihi 1300mm, berasal atau dieksport dari China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.


"Kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd. atas alasan bahawa penamatan duti antilambakan berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan akan berterusan atau berulang kepada pengeluar tempatan.


"Kerajaan telah mempertimbangkan permohonan dan maklumat yang dikemukakan, dan memutuskan untuk memulakan kajian semula pentadbiran duti antilambakan itu selaras dengan subseksyen 28(6) Akta Duti Timbal Balas dan AntiLambakan 1993 (Akta 504) dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 (Peraturan)," kata MITI dalam kenyataan.


Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong pada November lalu memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kementerian itu menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi membentangkan hasil laporan hala tuju negara menghadapi isu lebihan dalam besi dan keluli


Jelasnya, bagi tempoh antara 2015 hingga 2023, kerajaan menguatkuasa sembilan tindakan anti-lambakan dan tiga tindakan pelindung terhadap produk yang diimport dari China termasuk besi dan keluli, plastik serta bahan binaan yang menyebabkan kemudaratan material atau kecederaan serius kepada industri domestik Malaysia.

Sementara itu MITI dalam kenyataannya berkata, penentuan muktamad bagi kajian semula pentadbiran akan dibuat dalam tempoh 180 hari daripada tarikh pemulaan dan soal selidik.


Pihak kementerian akan mengedarkan dokumen kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat dari 8 Januari 2025.


"Mereka juga dijemput untuk menghantar pandangan secara bertulis, menjawab soal selidik dan mengemukakan maklumat sokongan kepada MITI tidak lewat dari 23 Januari 2025.


"Sekiranya pihak berkepentingan yang berkenaan tidak mengemukakan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan muktamad berdasarkan kepada fakta-fakta yang sedia ada," kata kenyataan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page