top of page

Misi pelaburan diteruskan, PM bertemu kapten industri Qatar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan iklim pelaburan terkini Malaysia kepada kapten industri Qatar semalam.

Lebih 30 eksekutif dan pemimpin tertinggi perniagaan yang kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan hadir merebut peluang berjumpa Anwar pada sesi mesyuarat meja bulat itu.


Melalui sesi interaksi tersebut, Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan ekonomi Malaysia selain ekosistem bisnes negara.


Beliau yang juga Menteri Kewangan meyakinkan bahawa Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan serta rakan perdagangan yang kompetitif untuk Qatar.


Antara yang hadir adalah termasuk Estithmar Holding dan Baladna yang merupakan syarikat terbesar Qatar berdasarkan modal pasaran.


Turut disentuh pada pertemuan itu adalah mengenai Pelan Industri Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 selaku inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi.


Anwar kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Qatar atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thanic, selain meningkatkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan Anwar turut dijadualkan menghadiri Forum Ekonomi Doha (DEF) 2024.


Lawatan itu juga dianggap cukup penting terutama dalam meraikan 50 tahun hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar sejak 1974

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, Qatar antara negara terkaya di dunia dengan pendapatan per kapita hampir AS$96,610 pada 2020.


Dilaporkan bahawa Petroleum dan gas asli adalah asas ekonominya, dengan Qatar mempunyai salah satu rizab gas asli terbesar di dunia.


Pada tahun lalu, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Qatar direkod RM4.2 bilion dengan negara Arab Teluk itu menjadi rakan kongsi perniagaan kelima terbesar Malaysia.


Antara Januari hingga Mac tahun ini sahaja, jumlah dagangan Malaysia dan Qatar meningkat 178.4 peratus kepada RM1.43 bilion (AS$303.9 juta) berbanding RM514.9 juta (AS$116.7 juta) pada tempoh sama 2023.


*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page