top of page

Misi pasca banjir Selangor akan sumbang RM500,000 kepada Kelantan



Selangor akan menyumbang RM500,000 kepada Kelantan sebagai bantuan sokongan selepas berdepan banjir besar, hujung bulan lalu.


Kerajaan Negeri Selangor bakal menyumbang RM500,000 kepada Kelantan yang berdepan bencana banjir besar hujung bulan lalu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan itu akan dibawakan terlebih dahulu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini sebelum keputusan dimuktamadkan.


"Kita ada Tabung Selangor Prihatin yang akan disalur kepada mana-mana tempat ditimpa bencana selain di negeri ini


"Bantuan sokongan ini bagi membolehkan proses membaik pulih infrastruktur dan kemudahan lain ," katanya dipetik selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI: Bantuan Pasca Banjir Selangor Kelantan di Shah Alam pada Isnin.


Skuad Ihsan MADANI ke Kelantan itu merangkumi anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dan sukarelawan bagi operasi pasca banjir.


Pasukan membabitkan 130 anggota bersama 45 jentera antaranya lori tangki dan lori 'Roll On Roll Off' (Roro) dijangka akan melaksana kerja pembersihan infrastruktur awam dan rumah penduduk terjejas bermula hari ini.


"Misi ini adalah manifestasi dan keprihatinan negeri tanpa mengira penduduk dan lokasi. Pasukan akan bantu kerja pembersihan di kawasan kritikal dan kita utamakan kemudahan awam seperti masjid, surau atas nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Selain bantuan tenaga, kita turut menyediakan bakul makanan dan bahan pencuci untuk disalur kepada mangsa daripada Yayasan MBI.


"Kos untuk misi ini dianggar mencecah RM400,000 yang disumbang pelbagai pihak antaranya KDEB Waste Management (KDEBWM) dan PBT," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page