top of page

Misi khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berjaya



Misi khas membawa pulang 123 rakyat Malaysia dari Bangladesh menerusi penerbangan khas berjalan lancar.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Bangladesh dan pihak berkuasa tempatan negara itu.


"Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar Bangladesh dan semua agensi berkaitan atas kerjasama serta bantuan diberikan.


"Operasi ini berjalan lancar dengan kerjasama hubungan kerajaan kepada kerajaan (G2G) agensi dan semua pihak terlibat. Buktinya mereka (rakyat Malaysia) selamat sampai dengan elok," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, pada Selasa.


Penerbangan khas AirAsia berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka itu tiba di KLIA2 kira-kira jam 4.56 petang.


Terdahulu, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang dimansuhkan pada 2018.

Ketegangan yang memuncak di negara itu telah meragut lebih 130 nyawa sejak pertengahan Julai.


Perdana menteri pada Isnin berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.


Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu Saifuddin memuji kecekapan semua pihak dalam menjalankan misi membawa pulang rakyat Malaysia meskipun wujud beberapa kekangan seperti sekatan internet dan telekomunikasi.

"Walau kekangan ini wujud, pihak Suruhanjaya Tinggi boleh manfaat teknologi sedia ada seperti SMS (sistem pesanan ringkas)," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page