top of page

Misi keluar negara PM Anwar berjaya cemerlang, pulang hari ini



Misi lawatan dan menghadiri persidangan antarabangsa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selama seminggu melawat beberapa negara; Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil berjaya dengan cemerlang.


Selain membawa pelaburan baharu masuk ke Malaysia, misi itu juga telah menaikkan nama negara di arena politik antarabangsa apabila PM dengan tegas membela penderitaan rakyat Palestin, mengutamakan dunia yang seimbang antara blok negara industri kaya dan negara miskin, serta menyuarakan hal hal berkaitan negara Asia Tenggara sementelah Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025.


"Selesai urusan di Rio de Janeiro, Brazil, saya dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur.


"Alhamdulillah kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Brazil selain pertemuan bersama pemimpin lain di sela-sela Sidang Kemuncak G20.


"Penghargaan saya kepada kerajaan Brazil atas jemputan sebagai tetamu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ini dan terlibat dalam sesi mengenai "Fight Against Hunger and Poverty" dan "Reform of Global Governance Institutions"," kata PM dalam catatan di Facebook sebelum menaiki penerbangan pulang.


Dalam pada itu PM juga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan kunjungan tersebut antaranya kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan, delegasi perniagaan serta rakan media yang mengikutinya di sepanjang lawatan.


Kapal terbang membawa PM dijangka mendarat di KLIA pada 11.20 pagi ini. Satu sambutan selamat kembali telah diatur rakyat prihatin kepada PM yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page