top of page

Misi banjir serlah semangat perpaduan Wanita KEADILAN seluruh negara



Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan khas Misi Banjir Wanita KEADILAN #Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN 2024)


Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN terus konsisten bergabung tenaga membantu mangsa-mangsa banjir dengan semangat perpaduan dan harmoni.


Pasukan yang dibentuk khas gigih menyerlah untuk melaksanakan tugasan termasuk kerja-kerja persiapan, menghantar sumbangan dan membantu membersihkan rumah mangsa ke seluruh negara.


Hari ini seramai 40 lagi sukarelawan wanita KEADILAN 'turun padang' melincinkan tugasan pembungkusan barangan sumbangan yang tiba mencurah-curah daripada pelbagai pihak sejak Skuad Ihsan Madani Misi Banjir diaktifkan dua minggu lalu.


Sebelum itu lebih 400 sukarelawan Wanita KEADILAN telah diaktifkan ke negeri-negeri yang terkesan untuk membantu mangsa-mangsa serta siap siaga menghadapi gelombang kedua banjir.


Ketua Wanita KEADILAN hadir membantu dan memberi semangat kepada Skuad Wanita KEADILAN

Premis yang menempatkan barangan sumbangan bagi mangsa-mangsa banjir yang bertempat di Putrajaya sentiasa meriah dengan kehadiran para sukarelawan Wanita KEADILAN yang bekerjasama melicinkan lagi misi tersebut.


Turut memberi sokongan dan sentiasa peka memantau perkembangan misi khas tersebut adalah Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.


Beliau bukan sahaja gigih menyalurkan pelbagai bekalan barangan sumbangan dan dana tetapi juga turut ringan tulang bersama-sama membantu tugasan sukarelawan di premis tersebut tanpa mengira waktu.


Membantu tanpa mengira kaum


Menurut Fadhlina, semangat Wanita KEADILAN untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terkesan amat luar biasa.


"Skuad Ihsan Madani yang hadir menawarkan bakti untuk misi banjir datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Saya amat menghargai keperihatinan mereka yang turun membantu tanpa mengira kaum dan latar belakang agama


"Inilah semangat madani yang terbit daripada hati nurani Wanita KEADILAN yang saya kagumi. Semoga usaha kami ini dapat menceriakan serta meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir seluruh negara," ujar Fadhlina yang turut bersama sukarelawan di Putrajaya petang ini.


Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN membersih rumah mangsa di Terengganu, penulis (kanan) turut serta

Sementara itu, Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN yang digerakkan ke seluruh negara telah menyantuni lebih 3,000 mangsa-mangsa banjir khasnya di negeri-negeri terkesan termasuk untuk Terengganu, Kelantan dan Kedah .


Skuad Ihsan Madani ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan tetapi juga membantu membuat kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah mangsa yang memerlukan.


Apa yang menarik kehadiran Skuad Ihsan Madani Wanita KEADILAN di seluruh negara amat dihargai oleh mangsa-mangsa banjir.


______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page