top of page

Minta maaf tohmah PM kaya raya: ADUN PN semberono, ketandusan idea



Oleh: Akmal Manaf


Permohonan maaf oleh ADUN Pas-PN Pulau Pinang yang mentohmah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ke 17 paling kaya di dunia dengan nilai harta serendah RM12 juta menyerlahkan sikap pemimpin pembangkang yang semberono dan suka menuduh orang lain tanpa bukti kukuh.


Sehubungan itu, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, rakyat yang rasional seharusnya memilih wakil rakyat yang lebih kompeten dan berwibawa pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang agar orang yang tidak sesuai tidak lagi dipilih sebagai penggubal undang undang.


"Baik Pas atau Bersatu, ADUN mereka apabila masuk ke sidang DUN atau sidang parlimen kebanyakannya tidak fokus kepada isu kawasan, tapi lebih fokus tentang isu politik.


"Contoh di sidang DUN Pulau Pinang, ADUN Pas menggunakan sumber 'Love Money' yang menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga ke-17 terkaya di dunia.


"Rakyat sangat malang sebab mereka tiada wakil rakyat untuk semak dan imbang bagi memperjuangkan hak masyarakat.


"Mereka cuma ada pembangkang yang hanya memperjuangkan isu politik," bidas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor itu berkata demikian sewaktu mengulas mengenai kewibawaan wakil rakyat pembangkang, terutamanya daripada Pas yang terus bermain politik dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.


Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kemenangan pembangkang pada pilihanraya sebelum ini hanya kerana menggunakan sentimen perkauman dan agama yang diapi apikan mereka.


Katanya, tugas Ahli Parlimen atau ADUN pembangkang ialah membuat kajian berkenaan sesuatu isu dan menyuarakannya di dalam sidang sama ada mengkritik kerajaan atau mencadangkan perkara baharu, bukannya bercakap politik.


"Mereka hanya bawa sentimen, pembangkang yang ada bukan pembangkang yang berkualiti.


"Rakyat kena sedar perkara ini bila pilihanraya akan datang tiba, pilih pemimpin di kawasan masing-masing yang bawa isu rakyat, bukannya isu politik," katanya lagi.


Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga dari Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.


Beliau membuat permohonan maaf itu selepas Lee Boon Heng (PH-Kebun Bunga) membangkitkan Peraturan Mesyuarat di DUN Pulau Pinang supaya ADUN Penaga menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan ketika perbahasan pada Selasa lalu yang menggunakan sumber meragui bagi kedudukan kekayaan yang dimiliki oleh Perdana Menteri.


Yusni sebelum ini dilaporkan menuduh Perdana Menteri sebagai pemimpin ke-17 terkaya di dunia dengan memetik sumber tidak sahih iaitu 'Love Money'.


Beliau mengakui ranking yang menjadi asas dakwaannya mungkin tidak boleh dipercayai, dan memohon maaf selepas ditegur oleh Speaker DUN, Datuk Seri Law Choo Kiang.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page