top of page

METMalaysia guna komputer berprestasi tinggi ramal cuaca



Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi tugasan ramalan cuaca di negara ini.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.


''Ini merupakan antara input utama bagi model ramalan banjir negara yang dibangunkan di bawah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).


''Ia juga meliputi sistem amaran awal bencana yang lain seperti kejadian tanah runtuh, kepala air, gelombang haba dan lain-lain,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu apa kaitan projek tebatan banjir yang disebut di bawah NRES.


Dalam pada itu, Nik Nazmi menyifatkan pembangunan sistem itu juga penting dan menjadi salah satu daripada sasaran utama dasar pengurangan risiko bencana negara 2030.

Katanya, projek itu juga meliputi sistem rangkaian pencerapan radar di Kuching dan Kota Kinabalu untuk memantau keadaan cuaca supaya ia dapat dilakukan dengan lebih teliti dan menyeluruh.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page