top of page

Mesyuarat Penyelarasan Program Masyarakat India bantu kempen PRK Sg Bakap



Mesyuarat Penyelarasan Program Masyarakat India dipimpin oleh Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang, A Kumaresan diadakan kemarin.


Menurut ADUN Batu Uban itu, mesyuarat tersebut adalah bagi mengerakkan kempen bersepadu jentera Kerajaan Perpaduan ke atas masyarakat India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.


"Setiap komponen parti telah mengatakan komitmen mereka untuk menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan iaitu Cikgu Joohari.


"Beberapa program juga (dipersetujui) akan disusun sepanjang tempoh berkempen," katanya dalam kenyataan.


Turut hadir pada pertemuan itu adalah wakil DAP, Senator Dr Linges dan YB Kumaran; Pengerusi Parti MIC, Pulau Pinang Datuk Dhinagaran; Pengerusi Parti IPF Pulau Pinang, Dr Kumaresan; Ketua Bahagian MIC Nibong Tebal, Parathi Raju; Ketua Bahagian IPF Nibong Tebal, Arjunan; Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, Rubeen; NGO Wanita, Dr Sumathi; NGO, Sumathi dan NGO Belia, Kavi Mani.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page